Sign In
Web Creator

11TH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON DISASTER MANAGEMENT (AMMDM) AND 12TH CONFERENCE OF THE PARTIES TO THE ASEAN AGREEMENT ON DISASTER MANAGEMENT AND EMERGENCY RESPONSE (COP TO AADMER) AND OTHER RELATED MEETINGS

12 Oktober 2023- YB menghadiri Mesyuarat 111th Asian Ministerial Meeting AMMDM  (2).jpeg

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Timbalan Pengerusi ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) bagi tahun 2023 telah menghadiri 11th ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) dan 12th Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (COP to AADMER) pada hari Khamis, 26 haribulan Rabiulawal 1445 bersamaan dengan 12 haribulan Oktober 2023 yang berlangsung di Ha Long, Republik Sosialis Vietnam. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh His Excellency, Le Minh Hoan, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Kerajaan Republik Sosialis Vietnam.

Mesyuarat yang bertemakan “From Response To Anticipatory Action And Resilience: ASEAN's Journey Towards Global Leadership In Disaster Management"  juga turut dihadiri oleh Menteri-Menteri ASEAN yang bertanggungjawab dalam pengurusan Bencana. Melalui tema ini, negara-negara ASEAN telah memfokuskan perancangan dan tindakan yang proaktif dalam Pengurusan Bencana khususnya dalam pelaksanaan tiga komponen utama Framework ASEAN mengenai tindakan Anticipatory Action (AA) dalam Pengurusan Bencana, selaras dengan hasrat ASEAN untuk menjadi peneraju dan pemimpin di peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana. Dalam hal ini, Mesyuarat AMMDM Ke-11 juga telah meluluskan kenyataan “Ha Long Ministerial Statement on the Strengthening of ASEAN Anticipatory Action in Disaster Management" yang mempamerkan komitmen ASEAN untuk mendukung agenda dan beralih kepada pendekatan tindakan antisipatif atau proaktif dalam mengatasi impak bencana alam di rantau ini, serta membimbing ASEAN dalam mencapai matlamat jangka panjangnya untuk masa depan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim.

Semasa mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam ucaptamanya telah menekankan pentingnya meningkatkan kerjasama serantau dengan rakan kongsi yang membawa penyelesaian inovatif khususnya dalam bidang pengurusan bencana bagi menangani cabaran yang dihadapi pada masa ini dan yang akan datang sejajar dengan tema sambutan ASEAN Day of Disaster Management iaitu “From Response To Anticipatory Action And Resilience: ASEAN's Journey Towards Global Leadership In Disaster Management".

Di samping itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga mengongsikan penglibatan Negara Brunei Darussalam dalam menyokong usaha dan komitmen Perjanjian ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) serta meningkatkan kerjasama dalam pengurusan bencana melalui mekanisme ASEAN yang sedia ada, termasuk penglibatan Negara Brunei Darussalam dalam latihan ASEAN Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise 2023 (ARDEX-23) yang diadakan di Yogyakarta, Indonesia pada Ogos 2023 dan jerayawara serantau “One ASEAN, One Response" yang diadakan pertama kali di Negara Brunei Darussalam pada bulan Jun 2023. 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga mengongsikan sokongan Negara Brunei Darussalam kepada ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) seperti pengkerahan ahli-ahli ASEAN Emergency Response and Assessment Team (ASEAN-ERAT) dalam menyumbang bantuan kemanusiaan semasa kecemasan seperti semasa kejadian Tropical Cyclone MOCHA yang menjejaskan Myanmar pada tahun ini. Antara lainnya, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga menyampaikan tindakan proaktif yang diambil di peringkat kebangsaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan bencana di kalangan masyarakat melalui penglibatan aktif pemimpin-pemimpin akar umbi yang dilatih dan diiktiraf sebagai Pertindak Pertama untuk membantu menangani situasi kecemasan di dalam mukim dan kampung.  

Selain mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga menghadiri Mesyuarat-Mesyuarat AMMDM Bersama Rakan-Rakan Dialog ASEAN iaitu Republik Korea, Republik China dan Jepun yang mana membincangkan hasil dan kemajuan dari rangka kerja pengurusan bencana dan kerjasama strategik antara ASEAN bersama rakan dialog berkenaan.

Di akhir mesyuarat AMMDM telah menyaksikan penyerahan Pengerusi AMMDM di mana Negara Brunei Darussalam akan menjadi Tuan Rumah kepada Mesyuarat ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Ke-44 dan Ke-45 serta Mesyuarat ASEAN Ministerial Meeting on Disaster Management (AMMDM) ke-12 dan 13th Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (COP to AADMER) pada tahun 2024.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), dan Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.


 

Created at 14/10/2023 9:20 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 14/10/2023 9:21 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //